Sebagai Rakyat
yang matang terhadap situasi Politik, seharusnya kita menyedari perkara seperti
ini dihadapi oleh setiap Negara yang ber-Kerajaan.
Alangkan Negara jiran sering
bergulingan, maka sudah barang tentulah Malaysia tidak ketinggalan. Walau
pelbagai fahaman songsang meracuni Rakyat kita, Alhamdulillah kita tidak
ketahap mereka.
Setiap Era
pemerintahan tidak pernah lekang dari serangan demi serangan baik dari luar
mahupun dalam Negara sehinggakan Era Tun yang telah berlalu dengan meninggalkan
pelbagai Mercu kebanggaan malahan dijulang ke peringkat dunia sehingga kini
masih juga ditentang oleh mereka-mereka yang tidak menyenangi kewujudannya
didalam kancah Politik Negara semasa.
Yang jelas dalang
luar bersembunyi di sebalik Parti Pembangkang yang tidak mengambil kira baik
buruk yang melanda Negara asalkan matlamat mengambil alih tampok pemerintahan
dicapai.
Dewasa ini Rakyat
Malaysia menghadapi situasi yang lebih getir apabila salah benar isu-isu ber-profile
tinggi yang disebut-sebut secara terusnya melibatkan Perdana Menteri tidak lagi
menjadi keutamaan akibat kesan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat apatah lagi
GST mengambil tempat didalam kehidupan Rakyat masa kini.
Rombakan Kabinet
mengejutkan Rakyat apabila berberapa Menteri yang terbukti cemerlang
disingkirkan akibat secara terbuka mengkritik kredibiliti Perdana Menteri menangani
isu-isu Negara yang melibatkan beliau secara peribadi.
Jika angin tidak bertaufan, masakan pokok menyembah kebumi, begitulah jika kekusutan sekadar ciptaan masakan Pemimpin-pemimpin Negara luar turut berbunyi, mengkritik beliau secara terbuka sehinggakan
keyakinan Pelabur diperingkat dunia juga luntur terhadap Negara.
Seharusnya dengan
isu-isu yang seolah tiada kesudahannya malahan semakin hari semakin menular,
menyemai benih kebencian diminda Rakyat dan ketidakpercayaan terhadap
kepimpinan Perdana Menteri dan barisan kepimpinanya tidakkan mampu ditepis
dengan segerombolan Pejuang Cyber upahan mahupun program-program kebajikan yang
gah diatas kertas laporan semata.
Bak pepatah orang
lama, “Akibat Nila setitik maka rosaklah susu sebelanga” pepatah ini
ada benarnya namun “Dalam setandan pisang pasti ada yang membusuk sebiji dua” yang
busuk kita potong dan buang selebihnya pasti mampu dimanfaatkan.
Maka sebagai Rakyat
yang prihatin dan berpengetahuan tinggi dewasa ini, kita seharusnya bijak
menilai dan berpegang kepada prinsip bahawa “Kebenaran Kekal Benar”.
Bukan keseluruhan barisan yang ada menghancurkan malahan mereka seharusnya bijak
mengekalkan kedudukan agar masih ada lagi Pemimpin berjiwa Rakyat berada di
kepimpinan teratas lantas kebajikan Rakyat tidak terabai secara total.
Enak menyerang
biarlah dengan kebenaran jangan fitnah jadi sulaman kehidupan, hinggakan usaha
membela Rakyat jadi taruhan akibat kebencian terlampau terhadap tampok
pemerintahan.
Sedikit hasutan
Developer yang gagal membida maka bertebaran didada media maya menuntut
kononnya tanah di Kampung Datuk Keramat akan dibangunkan bangunan-bangunan mewah yang harganya mencecah
RM750K. Maka bangkitlah
pelbagai NGO menjadi wira Rakyat menentang usaha Menteri Wilayah dan DBKL agar dibina
100% RUMAHWIP.
Hakikatnya...
Sebanyak
274 unit dengan 800 kaki persegi RUMAHWIP dijual dengan harga RM188K hingga RM198K dan 274 unit dengan 1000 kaki persegi dibina dengan status pasaran terbuka dengan
harga RM560K.
Perkara
ini menimbulkan ketidakpuashatian segelintir individu yang gagal memenuhi
kepentingan mereka apabila Menteri Wilayah berjaya melakukan “cross subsidy”
tanpa menggunakan peruntukan Kerajaan. Ini merupakan
satu contoh dari pelbagai usaha pemimpin yang berusaha untuk Rakyat yang
dimanupulasikan semata-mata atas kepentingan golongan tertentu.
Sebagai
Rakyat yang bijaksana gunakanlah kepintaran agar tidak mudah terpedaya
seterusnya berkemampuan menilai kebenaran berbanding kebathilan.
Lakukanlah
penelitian sebelum kita diperbodohkan dalam kecerdikan yang nyata.